kita tak suka kereta elektrik??




KUALA LUMPUR – Populariti kereta elektrik (EV) yang mesra alam, senyap dan senang dikendalikan nampaknya langsung tidak menarik perhatian rakyat Malaysia untuk memilikinya.

Fakta itu disokong dengan statistik Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang mendedahkan, hanya 61 unit kenderaan tersebut terjual sepanjang tahun lalu.

Berbeza di negara China dan Jepun, jurang perbezaannya terlalu besar apabila lebih 100,000 unit EV terjual pada 2014.

Situasi itu sekali gus menggambarkan penduduk di negara tidak berminat langsung dengan EV.

Berdasarkan rekod MAA, sebanyak 666,674 unit kenderaan berjaya dijual pada tahun lalu.

Justeru tidak hairanlah, sambutan dingin pengguna menyebabkan hanya empat model iaitu Nissan Leaf, Mitsubishi i-MIEV dan Renault Twizy dan Zoe ‘berani’ dipasarkan di negara ini.

Popular Posts